assalamualaikum

Monday, December 12, 2011

penghargaan

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Dr Ramlah Mailok,Upsi,rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga di atas sokongan yang diberikan sepanjang pembinaan blog ini.
Terima kasih.

Thursday, November 24, 2011

MAKLUMAT DIRI PENULIS



NAMA               : NOR ASRIAH AB GHANI

NO. ID               : D20102043753

KUMPULAN     : EL-D07

TAJUK               : PEMBANGUNAN BLOG

PENGAJARAN SAINS SEK. RENDAH ( Proses Kejadian Hujan )


RANCANGAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

TAJUK          : Proses Kejadian Hujan

OBJEKTIF    : Setelah mengikuti pembelajaran murid dapat:
                         1.  Mengetahui bagaimana hujan berlaku.
                         2.  Mengetahui bagaimana awan terbentuk.
                         3.  Mengetahu bahawa kejadian hujan berlaku melalui 3 peringkat utama.


          Apabila kita melihat awan di langit bertukar menjadi kehitaman, itu tandanya hari akan hujan. Apa yang dapat disaksikan, bahawa sebelum hujan sudah pastinya pada kebiasaan akan ribut terlebih dahulu, petir sambar menyambar serta kadang kala langsung tiada tanda. Bila langit menjadi gelap kelam terus hujan begitu sahaja. Ini menunjukkan bahawa fenomena hujan ini sukar untuk diramal dan dijangkakan oleh kita.

                         PETIR                                                                                  RIBUT

          Sebelum kita memahami proses kejadian hujan, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu 'Bangau Oh Bangau' dengan mengklikkan 'youtube' di bawah.



PROSES KEJADIAN HUJAN

1. Pengewapan (Evaporation)

          Seterusnya kita akan mula membincangkan proses kejadian hujan. Kejadian hujan adalah bermula dengan proses pengewapan sumber air seperti laut menjadi wap air. Antara sumber air seperti:

a.     Laut
b.     Sungai
c.     Telaga
d.     Tumbuhan
e.     Tanah

          Sebenarnya terdapat banyak lagi sumber air yang tidak disebutkan di sini. Apa yang penting sebenarnya adalah apabila sumber air tersebut terkena cahaya matahari, maka akan berlakulah apa yang disebutkan sebagai proses pengewapan (Evaporation). Sila rujuk rajah di bawah:


          Mungkin anda tertanya-tanya, kenapa saya senaraikan juga tumbuhan sebagai sumber air? Jawapannya, apabila tumbuhan terkena cahaya matahari, maka tumbuhan juga akan mengalami proses pengewapan (transpirasi) walaupun di dalam jumlah yang kecil. Berbanding dengan laut atau tasik, mempunyai kadar pengewapan yang tinggi. Apabila proses pengewapan berlaku, wap-wap air (gas) akan terbentuk dan akan naik ke atas kerana strukturnya lebih ringan berbanding air. Semakin tinggi wap air ke atas, maka suhu di persekitarannya semakin sejuk. Proses pengewapan ini boleh juga dipanggil proses penyejatan di mana air di sesuatu permukaan akan cuba disejatkan oleh pancaran cahaya matahari.


2. Pembentukan Awan (Kondensasi)

          Wap-wap air yang terbentuk melalui proses pengewapan akan naik terus ke atas sehingga mencapai suatu tahap ketinggian. Interaksi di antara wap-wap air dengan pergerakan angin menyebabkan wap-wap air tersebut akan terkondensasi (penyejukan) menjadi tompokan embun-embun halus yang dinamakan awan. Semakin banyak embun-embun halus terbentuk, maka bebanan awan tersebut semakin berat. Jika diperhatikan dari permukaan bumi, awan dengan embun-embun halus yang semakin berat ini kelihatan kehitaman. Oleh sebab itulah apabila kita melihat awan berubah menjadi kehitaman, itu tandanya hari hendak hujan. Sila rujuk rajah di bawah:


          Berdasarkan rajah di atas, kita dapati bahawa hasil daripada proses kondensasi iaitu proses pembentukan embun-embun halus melalui interaksi angin dan wap air (penyejukan), maka dengan ini akan akan terbentuk.


3. Hujan (Precipitation)

          Proses terakhir bagi kejadian hujan adalah curahan air dari awan akibat daripada tidak lagi mampu menampung bebanan embun-embun halus yang semakin banyak. Maka dengan itu berlakulah curahan (precipitation)  ke atas permukaan bumi. Sila rujuk rajah di bawah:


          Berdasarkan rajah di atas, bila mana awan tidak lagi mampu menampung berat embun-embun halus yang terbentuk, maka curahan akan berlaku atau di panggil hujan. Maka dengan ini, maka lengkaplah kitaran hujan yang sebelum ini kita tidak mengetahuinya. Berikut adalah pautan 'youtube' berkenaan dengan proses kejadian hujan. Sila klik untuk menonton:



          Sebelum mengundur diri, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu 'Hujan Rintik' nyanyian dari Tasya. Sekian







Dengan pembinaan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar untuk mengetahui  tentang "kejadian hujan".

Sekian terima kasih.